MUKA DEPAN | SEJARAH | CARTA ORGANISASI | AKTIVITI / PELAJARAN | BERITA BERGAMBAR | AMANAT MAHAGURU | LINKS
SEJARAH PSSGWSM |
![]() |
![]() |
![]() |
![]()
Pertubuhan Seni Silat
Gayong Warisan Serantau Malaysia atau akronimnya P.S.S.G.W.S.M. didaftarkan
secara rasmi pada bulan Ogos 1994 dibawah pendaftaran 1244/94 Kedah. Pertubuhan
yang beribu-pejabat di Alor Setar, Kedah Darul Aman dan mempunyai pusat latihan
utama di Gelanggang Dato' Meor Rahman, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, Perak
Darul Ridzuan merupakan salah sebuah pertubuhan utama yang mempraktik dan
mengembangkan Silat Seni Gayong yang diasas serta dikembangkan oleh Allahyarham
Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mat Hashim. Pendukung-pendukung utama
P.S.S.G.W.S.M. yang bergerak aktif di bahagian utara Semenanjung adalah diantara
orang-orang kepercayaan serta murid-murid terkenal Allahyarham Mahaguru. |
Mengenal Gayong
Perkataan SILAT itu pada
umumnya bolehlah difahamkan sebagai suatu teknik pembawaan bunga-bunga tarian
pelajaran GAYONG, dan pelajaran GAYONG itu pula dimaksudkan kepada buahnya yang
sebenar, yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan
yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan, yang terkandung di dalam
kandungan gerak semula jadi, iaitu pergerakan pantas secara automatik. GAYONG
yang mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam,
tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat,
elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan seumpamanya lagi itu
adalah menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap lelaki dan wanita. Pelajaran
ini amatlah berguna dalam masa kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai
perisai untuk mengelakkan serangan musuh atau lawan. Dalam suatu pertarungan
yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan, kepantasan, kecekapan, keazaman, dan
kepintaran masing-masing untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan
senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, maka di dalam pertarungan yang
seumpama itu biasanya dinamakan GAYONG. Tetapi pelajaran
SILAT
yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran GAYONG itu adalah
lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk
menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di
dalam kebudayaan Melayu. Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, tidaklah
persembahan itu lebih merupakan suatu pertarungan yang sungguh-sungguh berlaku
di situ, malah hanya persembahan itu lebih merupakan sebagai satu daripada ciri
perlawanan yang dipersembahkan secara imbasan pertarungan yang dipenuhi dengan
keindahan dan kesenian bunga-bunga tarian dalam pelajaran GAYONG yang
disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar, bertatatertib, tidak melanggar
kesopanan dan kesusilaan dan tertakluk pula kepada taraf majlis di mana
persembahan itu diadakan. Persembahan seumpama itu dinamakan BERSILAT.
Maksud perkataan GAYONG dalam ejaan jawi:
Ga - Genggam
Berpegang kepada janji setia dan
ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat
yang diberikan.
Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran
dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri
sendiri
Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang
sewajarnya sebelum bertindak.
Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala
perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan
dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
Warna-Warna GAYONG:
Hitam
Bayang-bayang/Rahsia - Merupakan
sosiostatus manusia yang tidak membezakan ahli-ahli silat dari segi warna kulit
dan darjat. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong
mempunyai pelbagai rahsianya (...rahsia tersimpan di purbakala,ilham menyusun
zahir semula.)
Kuning
Beraja/berdaulat
- Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.
Merah
Berani/Kepahlawanan
- Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran dan mencegah
kemungkaran. Ahli Gayong juga bersemangatkan darah kepahlawanan.
Petua Langkah Gayong/Langkah Laksamana/Langkah Hang Tuah
Lambang Gayong
Lambang Gayong diilhamkan oleh
Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba
di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada
lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:
1.
1. Bulan bintang di puncak dunia - melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.
2.
Bejana air
- ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu
dalam menegakkan yang hak.
3.
Naga
- ia sebagai simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato' Meor Abdul
Rahman. Naga yang melingkungi dunia yang kepalanya hampir bercantum dengan
ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal di seluruh dunia.
Lambang dua naga dicipta semasa hendak mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai
mengenang jasa-jasa Meor Abdul Aziz, kekanda Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman,
mengembangkan Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian utara tanah air.
PSSGWSM menggunakan lambang dua naga sebagai logo pertubuhan.
4.
Keris
bersilang -
melambangkan Semangat Tuah dan Semangat Jebat. Pada zaman keagungan Kesultanan
Melayu Melaka, terdapat dua orang laksamana yang gagah berani iaitu Hang Tuah
dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana
tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam
lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh dua orang
laksamana Melaka.
5.
Sundang
- senjata yang melambangkan kepahlawanan.
6.
Selepang
Kebesaran Gayong -
melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.
Tempat Sejarah Gayong
Terdapat empat tempat sejarah
Gayong seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Dato' Mahaguru, iaitu:
1.
Padang Antah
Berantah di Beruas, Perak(tempat
terdirinya kerajaan Gangga Negara)
2.
Padang Sanai
di Kedah(kawasan
Mahaguru dikhatamkan)
3.
Pulau Sudong
di Singapura(tempat
bermulanya Gayong diperkenalkan semula)
4.
Sedili di
Johor(tempat "pengakhiran
Gayong")
|
![]() |
|