MUKA DEPAN | SEJARAH | CARTA ORGANISASI | AKTIVITI / PELAJARAN | BERITA BERGAMBAR | AMANAT MAHAGURU | LINKS
PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG WARISAN SERANTAU MALAYSIA, NEGERI KELANTAN
Beralamat Di :-
LOT 1184
KAMPONG DUSUN DURIAN,
16450 TAWANG, BACHOK,
KELANTAN DARUL NAIM.
Pertubuhan ini telah didaftarkan dengan No. Pendaftaran
PPM/PK/587/93/1244/94 (Kel).
Mesyuarat Penubuhan Jawatan Kuasa Penaja PERTUBUHAN
SENI SILAT GAYONG WARISAN SERANTAU MALAYSIA, NEGERI KELANTAN telah
diadakan di CHALET SRI NIPAH, PANTAI NIPAH, 16300 BACHOK, KELANTAN Pada 19
SEPTEMBER 2003 Jam 0900 Malam. Pada 16 APRIL 2004, Jam 0300 Petang.
Bertempat di CHALET SRI PANTAI, BACHOK, KELANTAN telah diadakan MESYUARAT
AGONG KALI PERTAMA PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG WARISAN SERANTAU MALAYSIA,
NEGERI KELANTAN.
|
||||
|
||||
SILAT GAYONGSeni Bela Diri dan Perisai Orang MelayuSeni
silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum
sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan
bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi
Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni
mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.
Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke
Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi
dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh
kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan
empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16),
ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila
penggunaan senjata disertakan.
|
||||
|
||||
Maksud Disebalik Perkataan GayongPada zaman silam, hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna. Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sifat ini kemudiannya menjadi semakin subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat. Bagi mereka yang belum mempunyai kualiti sedemikian, melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap tersebut. Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupakan kaedah yang utama oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Sesungguhnya, falsafah pendidikan Silat Seni Gayong sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah S.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah disimpul dalam kalimah Gayong itu sendiri: Ga - GenggamBerpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.Alif - AngkatMeletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.Ya - YakinYakin kepada kebolehan diri sendiriWau - WarasMembuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.Nga - NgeriBersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun
atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan
sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga
menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan
mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu
menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.
Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada
keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala
laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam
konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayong itu
benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.
|
Ikrar Silat Gayong
Bismillahhirrahmannirrahim |
|||
|
||||
Falsafah Silat GayongFalsafah Silat Seni Gayong ialah falsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji. Ia memupuk peningkatan nilai peribadi daripada segi kualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Falsafah ini juga wujud dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanat dan pelajaran Silat Seni Gayong.
Kalimah Silat Seni Gayong itu sendiri tersirat tiga pengertian yang amat
besar. Pengertian yang menjelaskan falsafah utama Silat Seni Gayong.
Falsafah yang membezakan Silat Seni Gayong dengan seni silat yang lain. Di
dalam Silat Seni Gayong, Silat merupakan segala teknik, kaedah dan langkah
pencak yang digunakan untuk membela diri atau melakukan serangan balas. Ia
hanya meliputi aspek lahiriah semata-mata.
Seni dalam kontek Silat Seni Gayong pula ialah satu unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Ia mendidik dan membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanan kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialah suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi - sifat yang membina unsur silat dan unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang murid Gayong. Oleh itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan adat istiadat, pelajaran dan pendidikan yang bertunjangkan ajaran Islam. Ajaran yang menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawasan untuk membina diri dengan nilai-nilai luhur sebagaimana ia diterima oleh semua agama dan masyarakat yang waras. Falsafah Silat Seni Gayong daripada satu sudut yang lebih global akan hanya dapat dikupas melalui skop kajian integrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah, adat istiadat, pelajaran dan perkembangan Silat Seni Gayong itu sendiri. Hanya mereka yang mendalami ilmu Silat Seni Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsur daripadanya akan dapat menghuraikan Falsafah Silat Seni Gayong dengan tepat dan lengkap. |
||||
|
||||
|
DI KEMASKINI 18 FEBRUARI 2010 MUKA DEPAN | SEJARAH | CARTA ORGANISASI | AKTIVITI / PELAJARAN | BERITA BERGAMBAR | AMANAT MAHAGURU | LINKS |
|