MUKA DEPAN | SEJARAH | CARTA ORGANISASI | AKTIVITI / PELAJARAN | BERITA BERGAMBAR | AMANAT MAHAGURU | LINKS
SEJARAH MAHAGURU |
![]() |
![]() |
![]() |
![]()
Seni
Silat Gayong
Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim ialah pencipta dan pengasas Silat Seni
Gayong. Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Dato' Meor Abdul
Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi dari Daing Kuning, seorang pendekar
terbilang.Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah
salah seorang daripada tujuh beradik berasal dari Makasar yang mendarat di Tanah
Melayu bagi mencari tapak penghidupan baru. Hasil perkongsian
hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Patani, beliau telah dikurniakan
seorang putera dan kemudiannya dikenali dengan nama Penghulu Che' Ngah
Tambah.Daing Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak. Penghulu
Che' Ngah Tambah pula telah mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Uda
Mohd. Hashim. Uda Mohd.Hashim
kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal
Al-Attas dan dikurniakan dua orang anak lelaki, salah seorang daripadanya
dinamakan Pada tahun 1936,
Allahyarham telah digelar "Rahman Sendo" oleh almarhum Sultan Alang Iskandar,
setelah menunjukkan keistimewaan dan kependekarannya di istana Bukit Chandan,
Kuala Kangsar,Perak. Dengan kehendak almarhum Sultan, Allahyarham telah diambil
sebagai anak angkat oleh baginda sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1938.
Apabila tentera Jepun
menyerang Singapura pada tahun 1941, Allahyarham bersama-sama dengan keluarganya
telah menyelamatkan diri ke Pulau Sudong, sebuah pulau di selatan Singapura.
Setelah melalui pelbagai dugaan, barulah beliau dan keluarganya dibenarkan
menumpang di pulau tersebut.Di Pulau Sudong inilah Silat Seni Gayong mula
dikembangkan, iaitu pada 17 Februari,1942. Di Pulau Sudong ini beliau telah
menunjukkan kebolehannya memperdaya tentera Jepun dan seterusnya menyelamatkan
penduduk Pulau Sudong daripada kekejaman tentera Jepun. Silat Seni Gayong
kemudiannya diajar kepada semua penduduk Pulau Sudong.Tidak lama kemudian,
beliau bersama-sama keluarganya telah pulang ke Taiping, Perak.
Apabila Jepun menyerah
kalah pada tahun 1945, beliau sekali lagi telah berhijrah ke Pulau Sudong dan
telah ditawarkan menjawat jawatan penghulu di situ. Setelah beliau menetap di
Pulau Sudong, Silat Seni Gayong telah tersebar ke pulau-pulau sekitar
termasuklah pulau-pulau di dalam wilayah Indonesia. Pada tahun 1947,
beliau telah berpindah ke pulau besar Singapura kerana ditawarkan bekerja
sebagai mata-mata gelap di Jabatan Siasatan Jenayah, Singapura. Pada tahun
tersebut juga beliau telah dianugerahkan pingat King George VI oleh kerajaan
British kerana jasa-jasanya menentang pendudukan Jepun di Singapura. Bermula
dari tahun 1948, beliau telah gigih mengembangkan Silat Seni Gayong di
Singapura, dan seterusnya ke Tanah Melayu. Setelah bersara dari pasukan polis,
beliau telah menubuhkan Sekolah Pusat Latihan Silat Seni Gayong di
Woodlands,Singapura pada tahun 1960. Di pusat latihan inilah,
gurulatih-gurulatih awal Gayong dari Semenanjung Tanah Melayu mendapatkan
pelajaran silat mereka.
Dato' Meor Abdul
Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 23 Jun 1991 dalam usia 76 tahun dan
telah dikebumikan di perkuburan Masjid Lama, Taiping, Perak.
Al-Fatihah ... |
MUKA DEPAN | SEJARAH | CARTA ORGANISASI | AKTIVITI / PELAJARAN | BERITA BERGAMBAR | AMANAT MAHAGURU | LINKS
![]() |
![]() |
![]() |
PSSGWSM, KELANTAN WEB MASTER
Email:- kamaruzaman_hashim@yahoo.com.my
|