Make your own free website on Tripod.com

MUKA DEPAN | SEJARAH | CARTA ORGANISASI | AKTIVITI / PELAJARAN | BERITA BERGAMBAR | AMANAT MAHAGURU | LINKS

AKTIVITI / PELAJARAN

 

PROGRAM TAHUNAN 2005

 

BIL

BULAN

AKTIVITI

1

JANUARI

Pendaftaran Ahli

2

FEBRUARI

Mandi tapak / Kursus intensif

3

MAC

Ujian Bengkong Putih, Hijau dan Merah

4

APRIL

Istiadat mandi minyak

5

MEI

Lawatan Ke Pusat

6

JUN

Kursus intensif Jurulatih / Pembantu Jurulatih

7

JULAI

Majlis makan malam

8

OGOS

Kursus seni pisau

9

SEPTEMBER

       -

10

OKTOBER

Kursus seni tongkat

11

NOVEMBER

       -

12

DISEMBER

Kursus seni keris

 

Adat Istiadat Penerimaan Sebagai Murid Gayong

Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengkeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengkeras ini adalah hak Mahaguru/warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan kepada mereka yang tidak mampu.

Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah Perlimau Tapak bagi pelatih lelaki dan Perlimau Seni bagi pelatih wanita. Pengkeras yang dikenakan adalah seperti berikut:

Perlimau Tapak

                  RM11.50

Perlimau Seni

                  RM11.50 (wanita)

                  RM21.00 (lelaki)

Peralatan Mandi Tapak

Sesisir pisang emas

ebiji limau nipis

Akar sintuk

Asam jawa

Garam halus

Kemenyan

Bertih beras

Tujuh bilah jarum

Wang pengkeras sebanyak RM11.50

Dalam upacara ini, murid dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar.

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Seni

Sesisir pisang emas

Sebiji limau nipis

Akar sintuk

Asam jawa

Garam halus

 Kemenyan

Bertih beras

21 pucuk jarum

Tujuh jenis kuntuman bunga

Sebatang lilin putih

Wang pengkeras sebanyak RM21.00

Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita:

Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya

Pengkeras sebanyak RM11.50

Peringkat Perlimau Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab.

Pada peringkat Perlimau Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.

Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris. Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:

Ayam (seekor)

Bunga (tujuh jenis,tujuh warna)

Sirih pinang berkapur gambir

Pisang emas (sesikat)

Kuih-muih Melayu(tujuh jenis)

Lilin (sebatang)

Pulut putih/kuning (sepiring)

Limau nipis/akar sintuk

Rokok daun bertembakau (segulung)

Pelepah pisang

Sehelai daun kelapa 

Perkhataman Lembing di Air Terjun

Perkhataman di air terjun juga merupakan satu lagi adat-istiadat Seni Gayong khususnya diadakan bagi murid-murid yang telah tamat mempelajari pelajaran Seni Lembing. Seperti permainan keris, permainan lembing juga mempunyai rahsia dan nilai seni yang berbeza daripada senjata-senjata lain. Permainan lembing dikaitkan dengan Megat Terawis, seorang pendekar negeri Perak kerana kepakarannya bermain lembing.

Mandi Minyak

Mandi minyak adalah upacara tahunan Silat Seni Gayong ataupun upacara khas yang pelaksanaannya tertakluk kepada keizinan Mahaguru/Pemegang Amanah Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Upacara mandi minyak ini mesti diadakan di hadapan Mahaguru sendiri atau wakil mutlaknya. 

Adat Menghadap Bertapak

Menghadap bertapak dilakukan semasa:

1.       Penerimaan penabalan

2.       Memohon izin bergelanggang

3.       Memberi hormat kepada majlis 

Caranya:
Langkah maju/undur mestilah didahului dengan gerakan kaki kanan disertai angka kiraan (mengikut darjat). Di akhir kiraan mestilah berhenti dengan kaki kanan juga, lalu disusuli dengan duduk berlutut. Ini diikuti dengan kedua tapak tangan dirapatkan dan diacukan ke hadapan kepada yang berkenaan (mengikut darjat) dengan sembah(hormat).

(a)    Mengikut darjat bermaksud di antara:

  1.       yang memberi hormat

  2.       yang dihormatkan

(b)    Duduk berlutut pada ahli silat:

Peringkat Tapak

Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi. Begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.

Peringkat Seni

Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi dan begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.

 

Pelajaran Silat Seni Gayong

Berdasarkan kepada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat. Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.

Latihan Silat Seni Gayong biasanya dijalankan di tempat yang tidak berbumbung - hanya dipagari dinding yang tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada memasuki gelanggang. Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih. Latihan Silat Seni Gayong dimulakan dengan upacara Membuka Gelanggang, iaitu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa latihan sedang dijalankan. Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas(jurus), pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak agresif(asas elakan/elak pukul). Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu, tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa disedari.

Ahli-ahli baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot dan tendon. Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan teknik asas menendang dan menangkis. Pergerakan menyerang hanya diajar dari peringkat bengkung Pelangi Hijau.Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.

Kesemua gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran membuat serang balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan teknik menyerang menggunakan tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk membiasakan rakan sepelatih untuk bertindak balas ke atas serangan yang berasaskan kepada teknik tersebut. Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan, dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka untuk membuat serang balas yang berkesan, seseorang pesilat haruslah dimahirkan dengan serangan-serangan yang betul kaedahnya.

Kemahiran yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah:

  1. Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan.
  2. Gerakan serang balas jenis tangkapan - buah tapak kunci mati.
  3. Gerakan serang balas ke atas kuncian - buah tapak kunci hidup.
  4. Gerakan serang balas jenis pukulan - serangan harimau.
  5. Gerakan jatuh pulih - senaman anak harimau.
  6. Gerakan serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata.

Latihan Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikehendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara Membuka Gelanggang.

Kebanyakan mata pelajaran yang diperturunkan oleh Mahaguru Dato' Meor Abd.Rahman adalah berupa tangkapan kunci mati. Tangkapan kunci mati ini boleh dikategorikan seperti berikut: melalui tangan kosong, serangan bersenjata ataupun gerak daripada kaki yang diserang oleh pihak musuh.

Silat Seni Gayong mempunyai 349 "seni", yang berupa seni tangkapan kunci mati(tangan kosong/bersenjata), serangan maut, buah pukulan, dan ulasan serangan balas(tapak hidup).Ini bermakna walau bagaimana sekali pun keadaan serangan pihak lawan, pesilat Seni Gayong masih mampu bertindak untuk menyelamatkan diri di samping dapat mematahkan serangan lawan.

Pelajaran dalam Silat Seni Gayong pada asalnya mempunyai tujuh buah tangkapan sahaja untuk setiap peringkat. Dari tujuh buah tangkapan ini kemudian dipecah-pecahkan sehingga menjadi 49 pecahan untuk setiap peringkat, baik dari peringkat tangkapan tangan kosong hinggalah ke peringkat Seni Gayong(permainan yang menggunakan senjata tradisi Melayu).

Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

  1. Tapak Gayong
  2. Seni Tapak Gayong
  3. Seni Keris
  4. Seni Simbat
  5. Seni Yoi
  6. Seni Belian
  7. Seni Cindai

Tapak Gayong

1.      Tapak Gayong terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau dan tangkapan kunci mati(21 buah tapak kunci mati).

2.      Seni Tapak Gayong merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup(teknik membuka kuncian - 49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan.Juga pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan(21 buah).

3.      Seni Keris merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris(Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)

4.      Seni Simbat merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing.Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat(kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing(kunci dan permainan), Seni Anak Tombak(kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

5.      Seni Yoi merupakan pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai(21 buah pukulan).

6.      Seni Belian merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan.Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau.

7.      Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk(21 buah), Tebar(21 buah), Serkap(21 buah), Kain Tudung(21 buah), Awang Bodoh(21 buah), Pukat(21 buah), dan Kalung Puteri(21 buah).

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni Gerak Bayang,Gada-gada(sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk Beracun, Senjata Api(jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi.

Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat yang terdapat di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong:

Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan Aneka Hikmat Mulia
Rahsia Tersimpan Di Purbakala
Ilham Menyusun Zahir Semula

Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran. Terdapat lima jenis peringkat bengkung iaitu: Awan Putih, Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Merah Tinggi(Tiga Cula), Pelangi Kuning, Pelangi Kuning Tinggi(Lima Cula), Pelangi Hitam(Mulus), dan Harimau Pelangi Cula Sakti Hitam(Tujuh Cula). Murid Gayong hanya boleh sampai hingga ke peringkat Cula Keenam sahaja. Cula Ketujuh adalah hak Mahaguru. 

 

Pelajaran Senjata

1.      Seni Keris merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris(Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)

2.      Seni Simbat merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing.Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat(kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing(kunci dan permainan), Seni Anak Tombak(kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

3.      Seni Yoi merupakan pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai(21 buah pukulan).

4.      Seni Belian merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan.Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau.

5.      Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk(21 buah), Tebar(21 buah), Serkap(21 buah), Kain Tudung(21 buah), Awang Bodoh(21 buah), Pukat(21 buah), dan Kalung Puteri(21 buah).

WEB MASTER